Sale!

Set Jeragat Bio-SMF

Rated 5.00 out of 5 based on 1 customer rating
(1 customer review)

RM220.00 RM190.00

Cara Mengguna Bio-T3 Face White
Cara Mengguna Bio-T3 Face White

Bio-T3 Face White terdiri dari sabun dan krim moisturizer yang sangat selamat dan bebas dari bahan-bahan kosmetik. Cara menggunakan sangat mudah,

Selepas mencuci muka dengan sabun Bio-T3 Face White, dan lap muka dengan tuala yang bersih sehingga kering. Picit moisturizer secukupnya dan sapu sedikit di dahi, kedua belah pipi, hidung dan dagu. Selepas itu ratakan menggunakan 2 jari dengan secara kaedah putaran sehingga moisturizer itu rata dan menyerap ke kulit. Lakukan setiap hari terutama jika tidak berjemur dibawah panas matahari.

Out of stock

Compare

Description

Set Jeragat Bio-SMF

Tanpa krim dan sabun, rawatan jeragat terasa tidak lengkap. Begitulah persepsi sesetengah wanita yang mengalami jeragat. Jeragat walaupun tidak pedih dan gatal seperti jerawat, tetapi ianya tetap menjadikan seseorang itu “down” dan tidak bersemangat.

Wanita amat mementingkan wajah yang bersih, licin dan cantik. “Untuk suami” kata sesetengah wanita. Memang benar kerana suami juga kadang-kadang menambah tension para isteri yang mengalami jeragat dengan komen yang tidak membina. Disebabkan cik abang dan komplen, maka si isteri terus mencari solusi yang kadang-kadang sangat merbahaya

Mujurlah ada kawan-kawan yang rajin “surfing di online”. Kawan-kawan sepejabat kerap berkongsi produk yang bagus bersama-sama rakan-rakan. Hanya yang pernah mengambil homeopathy yang tahu bagaimana homeopathy berkerja.

Pelik tapi benar, selain dari merawat jeragat di muka, Sepia 200 juga mampu mengempiskan perut. Sepia 200 bukan hanya berfungsi sebagai menghapus jeragat tetapi ianya juga mampu membantu mengawal berat badan dan mengempiskan perut.

Sepia 200 juga sangat terkenal di seluruh dunia dengan nama manjanya “women’s remedy”. Sepia dikatakan sangat berkesan untuk pelbagai masalah wanita termasuk hormon.

Fragaria vesca juga amat popular kepada yang pernah mengambilnya. Fragaria vesca adalah remedi yang mampu mencerahkan kulit. Ianya bertindak seolah-olah kolagen. Jangan terperanjat jika saya beritahu bukan muka sahaja yang akan cerah, gigi pun boleh cerah. Fragaria vesca juga mampu membuang tar-tar di gigi.

Lagi satu Fragaria vesca mempunyai kesan terapuetik sebagai pencegah dari terjadinya batu di hempedu, buah pinggang dan lain-lain organ.

Melasma Free adalah biochemic atau garam tisu dari mineral-mineral. Terdapat 12 jenis mineral utama didalam tubuh setiap manusia. Kekurangan salah satu atau lebih akan menjadikan tubuh “dis-ease” atau kini disebut disease. Melasma free mempunyai mineral-mineral yang akan “top-up” kekurangan atau kehabisan mineral tersebut di dalam tubuh.

Mari kita lihat apa itu Bio-T3 Facial Face White dan Bahan-Bahannya

Bio-T3 Facial Face White adalah 100% ekstrak herba, bunga-bungaan dan pati minyak bunga-bungaan yang sangat terkenal diseluruh dunia. Bahan-bahan ini telah digunakan oleh herbalist untuk mencerahkan kulit dan menghapuskan jeragat epidermal (yang berada dilapisan atas kulit).

Apakah Manfaat Bahan-Bahan Ini Untuk Kulit?

Vitamin C – Vitamin C yang terdapat di dalam pelbagai bentuk yang akan membekalkan antioxidant yang sangat berkuasa untuk perlindungan dan menjaga kulit dari kerosakan sel-sel kulit (akibat dari free radicals). Vitamin C akan menambah nutrisi ke kulit dan akan memperlahankan proses penuaan.

Kesan-kesan yang boleh merosakkan kulit (free radicals) sangat banyak dipersekitaran kita seperti keadaan persekitaran yang melibatkan sinaran UV, pencemaran alam dan kekurangan oksigen yang akan menyerang kulit pada saban masa dan hari, tetapi vitamin c mampu membantu (Dermatological Surgery, 2008 & Dermatology Research and Practice, 2012)

Vitamin C akan memberi pelbagai manfaat kepada kulit untuk kelihatan muda dan berpanjangan, mari lihat apa yang mampu dilakukan oleh vitamin c;

 

Lemon Extract dan Essential Oil-

Lemon juga merupakan sumber vitamin c. ekstrak lemon telah dikaji mampu untuk

merawat pelbagai masalah kulit seperti;

  • jerawat
  • kanser kulit
  • melambatkan pertumbuhan microbial atau bakteria.

Oleh kerana ianya mempunyai sumber vitamin c maka ekstrak lemon adalah agent pencerahan dan mempu menghilangkan jeragat di kulit secara semulajadi.

Cucumber extract 

– terdapat 7 manfaat timun yang jarang diketahui ramai

  • Memudarkan lingkaran hitam di mata (dark circles)
  • Mengurangkan mata yang membengkak dan kelihatan kendur (puffy eyes)
  • Mengurangkan kedut di muka
  • Mencerahkan kulit muka
  • Merawat sunburn
  • Mengecilkan pori
  • Menghilang selulit (jika krim untuk selulit)

Chamomile extract dan Essential Oil 

– Chamomile paling kerap digunakan sebagai teh chamomile untuk mengurangkan tekanan. Ekstrak chamomile dan pati minyaknya juga mempunyai aroma yang harum dan membantu

untuk mengurangkan stress dan digunakan untuk merawat masalah berkaitan saraf.

Manfaat bagi kulit pula chamomile juga sangat berkesan untuk menghalang bakteria dari merebak.

Aloe Vera Essential Oil

 – Aloe Vera adalah pelembab paling hebat untuk kulit,

  • anti keradangan seperti mengurangkan keradangan jika ada tanda-tanda tersebut
  • anti-bakteria
  • anti-viral,
  • anti-kulat,

anti-oxidant yang akan menjaga dan mengekalkan kesihatan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan rasa tidak selesa seperti gatal-gatal, astringent yang akan bertindak mengawal kulit dari kendur dan pati minyak Aloe Vera berupaya menyekat sinaran UV pada kadar yang biasa.

Bagi pengguna yang telah biasa dengan produk-produk herba dan organic mereka tidak akan mengguna produk yang lain. Produk berasaskan bahan-bahan alam semulajadi adalah anugerah-Nya kepada kita.

 

1 review for Set Jeragat Bio-SMF

  1. Rated 5 out of 5

    Puan Rohani

    Tq admin set ni mmg serasi dgn akk, terutama set krim dan sabun bio-t3. Kenapa la akk tak jumpa set ni awal2 dulu. duit dah abis beribu2 tapi tak ada kesan. tp set ni mmg serasi lps 2-3 hari dah mula nampk kesan dia.

Add a review