Sale!

Set Jeragat BJC-02

RM180.00 RM150.00

Cara mengambil;

Kombinasi tiga (3) remedi untuk mengatasi masalah jeragat akan diambil cara begini;

Calc Sulph (#3) – 1 biji
Kali Sulph (#7) – 1 biji

2 biji sekali ambil dikemam sewaktu perut kosong 3-4 kali sehari.

Fragaria Vesca 30 – 10-15 titis
Campur 10-15 titis bersama-sama 1 sudu besar air mineral, dikemam selama 1 minit dan kemudian ditelan 3 kali sehari sewaktu perut kosong.

ccc-ccs-400Cara mengguna krim Carmino Complexion Cream (CCC) dan Carmino Complexion Soap (CCS);

Krim CCC ini untuk digunakan pada sebelah malam, tetapi jika tidak berjemur dibawah matahari, ia boleh diguna 1-2 kali sehari.
Disapu nipis-nipis secara putaran jam ke seluruh kawasan bermasalah atau ke seluruh muka jika ingin mencerahkan kulit. Jika pori anda terbuka sila cuci muka sebelum tidur. Digalakkan untuk mencuci muka sebelum tidur kerana dikhuatiri bakteria akan bercampur dengan krim dan akan terjadi jerawat.

Sabun Carmino Complexion (CCS)

Sabun CCS digunakan untuk mencuci muka, sabun ini adalah 100% sabun herba yang tidak menghakis. Boleh digunakan 1-2 kali sehari sebelum menyapu krim CCC ke muka.

Out of stock

Compare

Description

Set Jeragat Homeopathy BJC-02

Set jeragat terbaru yang berharga lebih murah dan mampu beli. Set BJC-02 adalah  gabungan 3 remedi iaitu CAL SULPH, KALI SULPH dan FRAGARIA VESCA 30. Set BJC-02 dan digabungkan dengan krim Carmino Complexion Cream (CCC) dan Carmino Complexion Soap (CCS)

Set ini tidak dipanggil ubat kerana remedi homeopathy bukanlah ubat dan tidak mempunyai kesan ubat di dalamnya. Set ini ialah suplemen yang disediakan mengikut kaedah homeopathy dan biochemic garam tisu.

Jeragat Berpunca Dari Hormon Yang Tidak Stabil

Walaupun punca utama terjadi jeragat tidak dapat dikenal pasti, tetapi ramai saintis yang berpendapat jeragat berpunca dari masalah hormon. Oleh itu wanita lebih kerap menghadapi masalah jeragat berbanding lelaki. 3 hormon utama yang dihasilkan di dalam ovari wanita seperti estrogen, testosterone dan progesterone adalah 3 hormon utama yang akan menjadi peneman wanita untuk sepanjang hayat bermula dari puberti sehinggalah ke menopause.

Kerap kali akibat dari amalan pemakanan, tekanan hidup, tekanan di tempat kerja dan gaya hidup yang tidak sihat, hormon akan menjadi tidak stabil. Sebagai contoh hormon estrogen akan menjadi dominan di dalam tubuh wanita sehingga menyebabkan hormon progestrone menjadi lemah dan sedikit. Kebiasaannya hati akan membuang lebihan estrogen tetapi hati telah dibebani oleh pelbagai toksin dan gagal untuk membuang lebihan hormon estrogen, proses ini akan mengakibatkan wanita tersebut akan;

  • Alami kitaran haid yang tidak menentu
  • PMS atau senggugut yang teruk
  • Mengalami pendarahan yang banyak sewaktu menstrual
  • Mood sentiasa berubah (mood swing)
  • Terjadi fibroids dan endometriosis
  • Terjadi jeragat atau jerawat atau kedua-duanya sekali

Sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas sila ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan paras hormon. Sekiranya anda mengenalpasti masalah, agak mudah untuk mengatasinya sebelum memberi lebih banyak masalah kesihatan kepada anda.

Bagaimana Set BJC-01 Boleh Membantu Atasi Jeragat Akibat Masalah Hormon?

Set BJC-01 dan BJC-02 mempunyai 3 remedi untuk hisap dan diminum. Remedi-remedi itu ialah;

  • Cal Sulph 

Cal Sulph atau Calcium Sulphur adalah “liver detox” yang akan membantu menyah toxin dan membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lebihan hormon estrogen yang menjadi dominan sehingga menyebabkan hormon progesterone menjadi kecil dan melemah dan lain-lain bahan yang tidak diperlukan ol oleh tubuh. Kulit akan menjadi tidak sihat apabila hati dipenuhi toksin, lebihan sesuatu hormon seperti estrogen dan selanjutnya sebagai tindak balas toxin kepada tubuh, toksin akan keluar melalui kulit yang paling mudah terjejas iaitu kulit muka di dalam bentuk jeragat, jerawat dan ruam-ruam.

Hati merupakan organ yang sangat penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan tetapi jika keupayaan hati terjejas untuk menghapus toksin, petanda awal akan terjadi dikulit muka terlebih dahulu. Jeragat dan lain-lain masalah kulit tidak akan berakhir jika hanya dirawat secara luaran semata-mata. Sering kali kegagalan utama untuk mengatasi jeragat atau masalah kulit ialah tidak merawat kepada punca masalah itu bermula. Simptom jeragat akibat hati tidak bekerja dengan baik ialah apabila jeragat terjadi berwarna kekuningan atau coklat.

Cal Sulph juga mampu mengatasi;

  • Jerawat sewaktu remaja
  • Jerawat Rosacea (acne rosacea)
  • Melegakan masalah penyakit  kulit yang bernanah dan sakit  atau seolah-olah jerawat di tengkuk atau bahu
  • Psoriasis
  • Mengatasi bisul
  • Masalah kesihatan kulit yang lambat sembuh
  • Mengatasi masalah gigi
  • Mengatasi kelenjar yang membengkak
  • Membantu melegakan simptom awal selsema, sakit tekak dan berkahak

 

  • Kali Sulph

Kali Sulph atau Kali Sulphur berfungsi untuk menghapus toksik. Masalah kulit seperti jeragat biasanya berpunca dari masalah toxin tidak dibuang dari tubuh dengan efisien. Kali Sulph membantu membina semula sel kulit yang sihat, mengekal tahap seimbang sebum di kulit. Kali Sulph membantu membekal oksigen secukupnya ke kulit.

Kali Sulph sangat berkesan untuk mengatasi masalah jerawat dan remedi yang penting untuk merawat psoriasis. Kali Sulph boleh digandingkan dengan mana-mana remedi untuk mengatasi masalah jeragat.

  • Fragaria Vesca

Fragaria Vesca – Fragaria Vesca adalah untuk diminum. Fragaria Vesca mempunyai puluhan khasiat untuk tubuh sehingga digelar “buah anugerah tuhan” oleh pengkaji perubatan alternatif. Fragaria telah dikenal pasti mempunyai 3 khasiat yang sangat hebat untuk mengatasi masalah jeragat.

3 Khasiat tersebut ialah;

  • membantu menyahtoksik didalam hati, hempedu dan buah pinggang serta mampu menghalang dari terjadinya batu (karang batu)
  • mencerahkan kulit di mana ada kajian yang dijalankan penggunaan Fragaria Vesca secara berterusan selama 90 hari akan menambah sinar dan mencerah kulit.
  • Mampu menyihatkan gigi dengan fungsi membuang karies gigi serta mencerahkan gigi

Ketiga-tiga remedi ini ialah 100% persediaan homeopathy yang asasnya ialah mineral dan buah-buahan yang di "potentised" mengguna kaedah homeopaty dan biochemic garam tisu. Selamat dan tidak pernah dilaporkan sebarang kesan sampingan atau healing crisis.

 

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Set Jeragat BJC-02”