Sale!

Soil Treatment Untuk Hapus Anai-Anai di Rumah Teres

RM3,500.00 RM1,800.00

Compare

Description

Anai-anai dah makan kabinet dapur atau frame pintu, teknik mana yang sesuai?

Rawatan Tanah Untuk Menghapus Anai-Anai Di Rumah Teres

Terdapat perbahasan di dalam industri syarikat pest control dan juga pengguna, kaedah mana yang paling berkesan untuk menghapus anai-anai yang sudah memakan frame-frame kayu didalam rumah?.  Sama ada kaedah paling klasik iaitu rawatan tanah atau orang kampung saya panggil soil treatment atau umpan yang juga dikenali sebagai baiting. Kita guna kaedah omputih la ye senang sikit nak type hehe…

Ramai pengusaha di dalam industri pest control akan mengatakan kaedah kawalan mengguna liquid (menyuntik racun anti anai-anai ke dalam tanah) lebih berkesan berbanding mengguna baiting (umpan anai-anai) yang kerap kali mengguna serbuk IGR (insect growth regulator) untuk meracun secara slow and steady dan seterusnya membunuh keseluruhan koloni anai-anai di bawah premis anda.

Mengguna penyuntik @ injector khas untuk menyebarkan racun serangga dan seterusnya membunuh anai-anai yang berada di bawah tanah

Kenapa kaedah kawalan liquid atau soil treatment lebih berkesan?

  • Kaedah drill dan suntik racun anti anai-anai akan menyerap ke dalam tanah dan akan bertindak menjadi barrier (perisai) di bawah slab lantai rumah anda.
  • Kaedah ini lebih berkesan kerana ia “shoot to kill”, nampak aje tembak dan bunuh. Kadar kematian (mortality) lebih tinggi atau menghapus keseluruhan koloni anai-anai.
  • Barrier yang terjadi akan kekal di dalam tanah untuk tempoh masa yang panjang.
  • Racun yang disuntik akan bertindak sebagai benteng pertahanan menghalang anai-anai dari memasuki rumah
  • Kos rawatan hanya dikeluarkan 1 kali sahaja.
  • Terdapat syarikat yang menawarkan pakej dengan pemantauanselama 6 bulan atau 1 tahun.

Racun anai-anai akan menjadi benteng pertahanan di bawah tanah.

Kenapa perlu berfikir dengan lebih panjang untuk mengguna kaedah baiting?

Serbuk ini mudah dicemari oleh unsur luar yang akan menjadikan umpan tersebut tidak mendapat perhatian anai-anai. Unsur yang boleh mencemarkan umpan kemungkinan juruteknik tidak mengguna sarung tangan, menghisap rokok, tidak mencampur kuantiti air yang secukupnya dan tidak akan mendekati umpan tersebut. Sebab-sebab lain mungkin terdapat kebocoran air dan masih terdapat banyak sumber-sumber makanan anai-anai dari kayu seperti frame pintu, tingkap dan lain-lain.

Memerlukan pemantaun setiap 1-3 bulan dan kos mengganti baiting station akan dicaj.

Mencari laluan anai-anai bukannya mudah

 

Kemungkinan umpan tidak berjaya atau anai-anai suka bahan tersebut agak besar. Untuk pengetahuan anda anai-anai sangat memilih bahan yang untuk dimakannya.

Kaedah soil treatment walaupun dikatakan teknik kawalan anai-anai yang telah ketinggalan zaman, tetapi masih dipraktikkan sewaktu pra-pembinaan sesebuah rumah atau bangunan untuk menghalang anai-anai dari menyerang premis tersebut selepas premis itu siap dibina dan selepas pembinaan dengan kaedah menebuk dan menyuntik racun seperti yang dibincangkan di atas.

Rangka pintu yang telah rosak. Kos membuka dan memasang rangka baru boleh mencecah ribuan ringgit.

Ramai yang mengatakan kos untuk membuat rawatan tanah untuk menghapus anai-anai agak mahal. Pada pandangan admin jawapannya adalah YA atau TIDAK. Ya memang kosnya mencecah lebih seribu ringgit (mengikut keluasan rumah dan tempoh waranti). TIDAK pula kerana jika anda bertindak segera atau membuat encegahan awal, anda mampu menjimatkan kos pembaikan yang mungkin mencecah belasan atau puluhan ribu ringgit. Malah racun anti anai-anai yang disuntik akan bertahan untuk masa yang panjang. 

Sekiranya anai-anai telah merosakkan kebanyakkan struktur kayu di dalam rumah, kaedah soil treatment adalah sangat-sangat dicadangkan berbanding kaedah umpan.

Kabinet yang telah rosak dimakan anai-anai

Bagaimana Kaedah Rawatan Tanah untuk Anai-Anai (soil treatment) Dibuat?

Kaedah rawatan tanah untuk anai-anai memerlukan kerja yang agak berat iaitu;

  1. Menggerudi lubang sebesar 18mm sehingga lubang tersebut tembus ke permukaan tanah
  2. Jarak diantara lubang adalah 3 kaki atau lagi rapat lagi berkesan. Jika anda inginkan kawalan yang optimum tambah sedikit wang dan jarak lubang akan dirapatkan kepada 2 kaki.
  3. Selepas itu akan disuntik dengan cecair campuran racun anti anai-anai yang berkualiti tinggi, tanpa bau yang busuk dari bahan yang diiktiraf dunia seperti Imidacloprid atau Fibronil
  4. Setiap lubang akan disuntik sebanyak 5 liter.
  5. Selepas itu akan ditampal semula lubang tersebut.
  6. Kawasan kerja akan dibersihkan 

 Kerja menggerudi lubang

Sekiranya ingin membuat pemeriksaan dan sebutharga sila telefon atau whatsapp ke 019-395 56 11

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Soil Treatment Untuk Hapus Anai-Anai di Rumah Teres”