Pest Control Anai-Anai Bangi

Compare

Description

termite-pic2

 

Pakar Pembasmi Anai-Anai

STEXTS PEST CONTROL berpengalaman luas di dalam bidang kawalan serangga (pest control) semenjak tahun 2000. Kini beroperasi di Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan kami adalah seperti berikut

  • Kawalan menghapus anai-anai (termite exterminator)
  • Kawalan serangga am seperti lipas, pijat, semut dan lain-lain
  • Kawalan tikus dan cencorot

Untuk mendapat pemeriksaan dan sebutharga sila telefon ke 0193955611 atau Whatsapp 0193955611 . atau email ke solarispest@gmail.com.

fb   Facebook kami di – https://www.facebook.com/killbug.com.my/

 

Anai-anai hanya serangga kecil, lebih besar dari semut dan sedikit kecil dari kerengga, tetapi anai-anai mempunyai kepakaran untuk meruntuhkan rumah anda jika anai-anai di biar tanpa pengawasan yang sewajarnya. Berbanding semut atau kerengga anai-anai adalah serangga yang memakan selulos kayu dan hidup berkoloni. Mati dan hidup anai-anai adalah untuk Ratu anai-anai.

Anai-anai agak unik jika dibandingkan dengan serangga merayap yang lain. Dianggarkan puluhan juta hartanah mengalami kerugian akibat diserang anai-anai. Oleh itu sebelum terlambat sebaik-baiknya kerja-kerja pembasmian perlu dijalankan, Malah langkah pencegahan juga boleh dibuat sebelum anai-anai menyerang. 

Perkhidmatan kami adalah seperti berikut;

  • Kawalan Pencegahan Anai-anai Sebelum Pembinaan (Pre-Post Termite Control)

Menyembur racun anti anai-anai di sekitar perimeter tapak bangunan sebelum pembinaan di jalankan. Tujuan rawatan ini ialah untuk membunuh, menghalang dan mencegah anai-anai dari menyerang properti anda selepas bangunan siap dibina. Rawatan ini mampu mencegah kerugian yang bakal terjadi dan mampu menghalang anai-anai naik ke permukaan untuk memakan struktur kayu

24x7_pest_control_panel

  • Corrective Soil Treatment For Termite (Rawatan Tanah Untuk Menghapus Anai-Anai)

Rawatan tanah selepas rumah telah siap dibina. Rawatan tanah (soil treatment) atau kerap juga disebut sebagai Termite Slab Injection. Rawatan tanah ini memerlukan pekerja untuk mengorek lubang di sekeliling rumah dan menyuntik racun anti anai-anai ke dalam tanah. Tujuan rawatan ini ialah untuk menyuntik racun anti anai-anai terus ke dalam koloni anai-anai di bawah tanah bagi memastikan Ratu anai-anai dan seluruh koloni anai-anai akan terhapus.

1382405566corrective

  • Baiting System For Termite (Sistem Umpan Untuk Pantau Dan Hapuskan Anai-Anai)

Mengguna kaedah umpan ialah kaedah yang selamat dan kurang bertoksik, walaupun kaedah ini kurang efisien berbanding Corrective Soil Treatment tetapi tetap menjadi pilihan kepada sesetengah pemilik properti yang tidak ingin lubang ditebuk ke lantai.Tidak efisien bukan bermaksud tidak berkesan tetapi kesan untuk membunuh anai-anai agak perlahan berbanding kaedah menyuntik racun anti anai-anai ke dalam tanah.

baiting3

Harga-harga untuk perkhidmatan adalah bergantung kepada kaedah rawatan dan keluasan. Sebelum rawatan di buat pihak kami akan membuat pemeriksaan PERCUMA ke premis-premis anda terlebih dahulu. Untuk mendapatkan PEMERIKSAAN PERCUMA dan SEBUTHRHARGA di sekitar LEMBAH KLANG terutama di kawasan Bangi, Kajang, Putrajaya dan Sekitarnya sila Hubungi 019-3955611. Anda juga boleh mengguna Whatsapp, sila Whatsapp ke 0193955611.

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pest Control Anai-Anai Bangi”