Sale!

Set Jeragat AAD

RM200.00 RM119.00

Compare

Description

set-aad-400

Botol terbaru yang menggunakan DROPPER, cantik dan mudah untuk mengambil remedi berbanding botol sebelum ini.

3 Remedi Hebat Untuk Hapus Jeragat,

Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop dan Arnica 30 

Jika Sepia 200 amat hebat menjadi remedi utama untuk menghapus jeragat, kini terdapat 3 atau 4 gabungan remedi cecair untuk diminum. Remedi tersebut ialah Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop dan Arnica 30 . Kesemua remedi ini boleh digandingkan dengan Sepia 200.

Arnica 30 adalah “homeopathic trituration” atau secara mudahnya mengguna kaedah dos yang sangat kecil dan tidak mempunyai rasa manis atau pahit. Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop adalah persediaan dari ekstrak tumbuhan tersebut atau disebut homeobotanical, mempunyai rasa sedikit pahit.

Kesemua remedi ini adalah 100% bahan natural homeopathy tanpa tambahan bahan-bahan lain. Oleh itu remedi-remedi ini perlulah disimpan ditempat yang jauh dari kanak-kanak dan sinaran matahari. Walaupun remedi homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan atau boleh membawa maut tetapi remedi-remedi ini perlu disimpan ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak sebagai langkah berjaga-jaga.

Secara amnya Ashwagandha Q Drop dan  Damiana Q Drop berkesan untuk merawat masalah jeragat yang berkaitan hormon, seperti pernah mengambil pil perancang, pil penganti hormon (HRT), gangguan hormon sewaktu pra-menopause dan sewaktu menopause.

Arnica 30 adalah remedi pelbagai guna, yang sering digunakan untuk pelbagai masalah kecederaan seperti luka, lebam dan bengkak. Walaubagaimana pun Arnica 30 remedi homeopathy mempunyai pelbagai manfaat untuk masalah kesihatan tubuh yang biasanya akan dialami oleh wanita yang mula mencecah umur 45 tahun ke atas, masalah seperti;

  • Jeragat akibat hormon tidak stabil
  • Mengawal darah tinggi
  • Mengawal glukos bagi pesakit kencing manis.
  • Selulit
  • Kolesterol
  • Jerawat

Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop sejenis remedi di dalam bentuk cecair, di dalam kategori homeobotanical iaitu herba berasaskan konsep homeopathy. Kedua-dua remedi ini juga sangat-sangat membantu sebagai suplemen kepada gadis dan wanita muda yang kerap diserang senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur.

 Ashwagandha dan Damiana adalah herba purba dan Di Eropah menyifatkan Ashwagandha sebagai “Testosterone Booster”. Fakta ini bukan cerita dari lagenda tetapi ia adalah fakta yang dikaji oleh saintis. Mari kita lihat fakta bukan hanya auta semata-mata;

Ashwagandha adalah adoptogen, yang akan mengurangkan stress, ketakutan tanpa sebab, kenyakinan diri dan mengawal hormon stress (hormon stress cortisol). Beberapa kajian lain juga menunjukkan Ashwagandha telah berjaya menambah baik paras testosterone yang menjadikan seorang wanita atau lelaki itu lebih subur.

Ashwagandha juga sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung, dengan mengurangkan keradangan serum triglycerides, dan meningkat paras HDL-cholesterol “baik”. Kajian terbaru juga menunjukkan Ashwagandha juga mampu menguatkan otot-otot.

Fakta kajian menunjukkan Ashwagandha dan Damiana adalah adoptogen yang “solid”, mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap manusia terutama berkaitan hormon testosterone. Ini ialah kerana Ashwagandha akan membantu seseorang itu tidur dengan lebih berkualiti, mengurangkan hormon stress iaitu cortisol, meningkat paras HDL-cholesterol “baik” dan mengurangkan kekejangngan atau keradangan, kesemua ini akan membantu mempertingaktkan paras hormon testosterone ke paras yang sangat baik.

Damiana sangat berkesan untuk menstabilkan sistem hormon sewaktu menopause, mengurangkan rasa panas ke muka (hot flashes), dan membantu menjadikan kitaran haid yang normal bagi gadis-gadis muda.

Cara mengambil remedi:

Ashwagandha Q dan Damiana Q – 10-15 titis (picit dropper dan titis 10-15 titis) ke dalam cawan dan campurkan 2 sudu besar air kosong atau mineral. Diminum 2-3 kali sehari sebelum atau selepas makan. Sewaktu haid di nasihatkan berhenti untuk sementara waktu.

Cara ambil Arnica 30

Kaedah wet dose telah terbukti mempunyai kesan yang sangat hebat untuk pelbagai masalah kesihatan termasuk jeragat. Cara pengambilan Arnica 30 agak berbeza dengan lain-lain remedi, berikut ialah caranya;

Kaedah “wet dose” adalah penemuan terbaru yang mampu mengatasi jeragat degil. Wet dose perlu disediakan seperti berikut;

Dapatkan 1 botol air mineral 500ml, dan buang sedikit lebih kurang 3cm air tersebut. Titiskan 10 titis Arnica 30 dan goncang sebanyak 6 kali dengan kuat. Goncangan ini ialah teknik “homeopathic succussion” yang akan menambah kekuatan remedi tersebut. Goncangan yang kuat sebanyak 6 kali ini sebaik-baiknya dibuat setiap kali mengambil Arnica Wet Dose. Selepas itu minum 1 penutup botol atau 1 sudu besar 3-6 kali sehari. Arnica Wet Dose boleh disimpan di dalam peti ais atau di dalam suhu bilik yang jauh dari sinaran matahari.

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Set Jeragat AAD”