Sale!

Selusuh Homeopathy Mudah Bersalin – Easy Delivery

RM70.00 RM45.00

Compare

Description

Ubat Mudah Bersalin

Sapa yang tak takut nak menghadap di labor room, wanita sekental mana pun pasti akan risau apabila memikirkan due date sudah semakin hampir. Paling rasa gerun bagi bakal ibu yang mengandung anak sulung. First time la kan dan si abang pun mesti “blur” tetapi mesti terselit perasaan risau di hati kerana bersalin dan komplikasinya boleh membawa maut!

Secara tradisional terdapat pelbagai petua orang tua turun temurun dan paling terkenal ialah selusuh mengguna Akar Fatimah disertai dengan ayat-ayat Al-Quran. Secara saintifik memang tidak pernah dibuat kajian tetapi secara kepercayaan air selusuh sudah sebati bagi orang Melayu.

Homeopathy adalah perubatan yang di asaskan oleh orang Jerman bernama Hahnemann seorang doktor yang tidak bersetuju dengan kaedah rawatan perubatan yang agak “ganas” pada waktu itu. Hahnemann mengguna tumbuh-tumbuhan dan mengguna kaedah dos nano (kecil) dan “serupa menyembuh serupa” ((Like cures like).

Di mana Hahnemann mendapat panduan untuk memulakan perubatan homeopathy?, sudah mestinya dari pakar botani Islam terkenal Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi (ابن البيطار‎). Namun salah satu ilmuwan Muslim terbaik yang pernah ada ini lebih dikenal sebagai Ibnu Al-Baitar/Al-Baytar. Dia dikenal sebagai ahli botani (ahli tumbuhan) dan farmasi (ubat-ubatan) pada abad pertengahan. Dilahirkan pada akhir abad 12 di kota Malaga (Sepanyol). Begitu di bidang perubatan, Ibnu Sina adalah bapa perubatan moden juga seorang Islam.

Homeopathy dan Remedi Mudah Bersalin

Homeopathy mempunyai banyak remedi untuk ibu-ibu hamil dari awal kehamilan sehingga lepas bersalin dan sewaktu berpantang. Artikel ini kita fokus untuk mudah bersalin dulu sebab hanya ada 3 remedi iaitu ;

  1. Easy Delivery – remedi biochemic (garam tisu/mineral) yang akan membantu ibu hamil dari awal kehamilan sehingga ke akhir trimester kehamilan. Easy Delivery mempunyai khasiat untuk membantu menguatkan otot-otot pelvic bagi membantu ibu hamil tersebut tenaga untuk meneran. Easy Delivery yang diambil dari awal kehamilan juga mempunyai khasiat mengurangkan simptom alahan sewaktu hamil atau orang kata “morning sickness.
  2. Caulophyllum 30 – para pengamal homeopathy di Malaysia menggelar Caulophyllum ini sebagai “selusuh homeopathy”. Caulophyllum adalah sejenis tumbuhan yang sangat hebat bagi menguatkan contraction atau induce labour (mempercepatkan proses bersalin), cuma Caulophyllum tidak mempunyai kesan sampingan seperti induce perubatan moden. Remedi ini sangat-sangat disarankan untuk diambil pada 3rd trimester iaitu pada bulan ke 7,8,9
  3. Cimicifuga 30 Cimicifuga mempunyai fungsi hampir sama dengan Caulophyllum. Cimicifuga jika diambil bersama-sama Caulophyllum akan memberi tenaga lebihan kepada ibu tersebut dan mengurangkan keletihan, mengurangkan kesakitan sewaktu melahirkan bayi.Cimicifuga amat membantu menambah tenaga kepada ibu yang bakal bersalin dan juga membantu menambah kekuatan otot-otot untuk contraction bagi membuka laluan peranakkan. Ia biasanya diambil pada 2 minggu sebelum due date berselang seli dengan Caulophyllum. Dos yang dicadangkan 1 biji Caulophyllum dan selepas itu tengahari 1 biji Cimicifuga dan malam 1 biji Caulophyllum, esok paginnya Cimicifuga 1 biji sebelum sarapan, dan begitulah seterusnya.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Selusuh Homeopathy Mudah Bersalin – Easy Delivery”