7 Cara Untuk Kurus Dalam 10 Hari

Tips untuk slim dalam 10 hari

Kerap juga admin terima whatsapp, "ada ke ubat kurus yang cepat boleh turunkan berat badan?", "saya nak kahwin tapi baju pengantin dah sendat!". Bila admin tanya bila nak kahwin tu? Orang yang whatsapp tu jawab lagi sebulan encik!. Perghhh mencabar juga ni, jadi admin kata "ada cik tapi kena ikut nasihat saya ada 7 cara untuk kurus dalam 10 hari". Gadis tu beri emoticon senyum mata love… gembira tak terkata dia.

 Malaysia adalah negara yang mewah dengan makanan dan pemegang pingat emas di dalam acara paling ramai penduduk yang obes (gemuk) di Asia Tenggara. Mengikut kajian negeri yang paling ramai orang gemuk adalah penduduk Putrajaya, diikuti oleh Melaka pingat perak dan pingat gangsa dimenangi oleh negeri Perlis.

jika tidak buat kajian pun kalau dilihat secara rambang, jika dibarisan terdapat 10 orang  untuk mengambil duit di ATM atau beli tiket bola final Sukan Sea Malaysia lawan Thailand, 8 dari orang yang beratur tu adalah obes. Cukup mudah melihat orang obes di Malaysia berbanding di negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan lain-lain negara yang disebut sebagai ASEAN.

Admin pernah melawat beberapa negara ASEAN sebagai contoh di Jakarta, Indonesia cukup payah nak nampak restoran atau gerai menjual nasi lemak ditepi jalan. Budaya orang Indonesia mereka akan membawa bekal sendiri ke tempat kerja dan jika kita ke Tanah Abang di komplek pemborong tekstil dan baju mereka mula bekerja seawal 7.30-8 pagi dan mereka akan bersarapan tepi kedai mereka, dan tidak di kedai mamak sambil makan roti telur banjir dan teh tarik. Mereka mula bekerja atau berniaga awal dan tutup kedai pun awal, seawal jam 4 petang, mungkin mereka akan pulang dan masak dirumah.

Berbeza dengan orang kita kalau di pasaraya mula kerja jam 10-11 pagi dan tutup kedai pukul 10 malam, di dalam tempoh tersebut 2 atau 3 kali orang kita akan ke restoran atau gerai untuk bersarapan, makan tengah hari dan makan malam, sampai rumah terus tidur. Begitu juga bagi orang kita yang bekerja di pejabat paling kurang 2-3 kali akan makan di kedai. Budaya hidup dan gaya pemakanan di Malaysia sangat tidak sihat dan akan terhasil rakyat yang obes dan tidak sihat.

Faktor utama terjadi obesiti di Malaysia ialah kita akan makan dan makan selagi belum tidur. Usus kita akan menerima pelbagai makanan dan sangat jarang kita mengambil berat akan kesihatan usus yang menjadi tempat berkumpulnya bakteria selepas makanan diproses dan selepas itu menjadi bahan buangan atau najis. Ramai tidak sedar usus yang tidak sihat akan menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Tambahan pula kita kurang minum air "putih" atau mineral, yang kita belasah diminum air manis-manis belaka yang menjadi penyumbang karbohidrat yang tinggi.

Bagaimana Boleh Kurus Dalam Masa 10 Hari

Ahhh.. ada yang mindsetnya negatif belum baca sudah kata tidak boleh..so jangan baca hehehe.. bagi yang berfikiran positif dan yakin boleh mari kita mulakan dengan 7 cara untuk kurus dalam masa 10 hari;

1. Minum Air

Mulakan hari anda dengan minum 1-2 gelas air putih atau mineral, amalan ini akan membantu memberi menaikkan paras metabolisma, membuang toksin dari tubuh, mengurangkan rasa lapar dan membantu mengahalang kita mengambil makanan yang berkalori

​​2. Lepas Makan Jangan Duduk Tetapi Berjalan Sebentar

Kajian menunujukkan berjalan selama 5-10 minit selepas makan, akan dapat membantu membakar kalori dan akan membantu penghadaman.

Tahukah anda : Berjalan 5 minit selepas makan adalah lebih baik dari fast walk selama 45 minit. Amalan berjalan 5 minit sebaik sahaja lepas makan akan membantu menstabilkan paras gula di dalam darah. Penyelidik mendapati berjalan selepas mengambil makanan akan membersihkan salur darah dari glukos atau gula, ini kerana gula tersebut telah digunakan oleh otot sewaktu berjalan. jadi lepas ni jangan la lepak atas sofa selepas makan tau.

3. Ambil Makanan Berfiber

63649162 – high fiber foods on white wooden background. flat lay

Jika kebiasaanya roti canai atau nasi lemak, selepas ini anda tukar sarapan anda kepada sarapan yang berfiber seperti oat, atau emping jagung dan lain-lain. Jika susah nak dapat oat atau emping jagung cuba elakkan dari mengambil makanan yang berasaskan majerin atau berlemak. Makanan yang berasas majerin seperti roti canai, karipap, nasi goreng cina dan lain-lain lagi.

Tahukah anda : Terdapat kajian yang mengatakan, kebanyakkan kes gagal untuk kurus adalah disebabkan pengambilan makanan berasaskan majerin. Kajian menunjukkan majerin mengandungi minyak dan lemak tepu yang sukar diuraikan dan akan menyukarkan usaha untuk kembali slim atau kurus. Sebelah malam selepas makan anda boleh mengambil minuman berfiber yang akan membantu mencuci usus dan detox toksin melalui proses menolak dan mencuci.

Usus yang sihat akan membantu membakar lemak, membuang toksin dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser usus (colon cancer). SSQ-3 Fat Burner Natural Detox Formula adalah salah satu produk yang admin amalkan dan body admin memang slim dan perut TIDAK boroi tau walaupun admin dah hampir berumur 50 tahun, admin masih aktif berfutsal dan bermain bola padang…jangan jeles tau hehehe

4. Makan Di Rumah

Tabiat dining out atau mengeteh, tidak akan membantu anda untuk kurus. Peniaga akan menambah pelbagai perisa untuk melazatkan makanan yang dijual.

5. Kurangkan Makanan Bergaram

Makanan bergaram paling kerap diambil ialah "jajan" atau keropok yang ditambah garam dan perisa untuk menambah kelazatan. Ramai yang "craving" jajan dan tidak sedar kandungan garam didalam jajan, sodium akan mengumpul cairan didalam tubuh dan akan menjadikan tubuh anda seperti membengkak.

Tahukah anda : 1 peket keropok kentang mengadungi sekurang-kurangnya 500 kalori, ini memerlukan larian selama 45 minit untuk membakarnya.

6. Berlari atau Berjalan (fast walk)

Tidak dapat tidak senamam seperti berlari atau selang seli berlari dan berjalan akan membakar lemak, kalori, mengurangkan stress dan akan mengurangkan hormon untuk mengambil makan.

7. Tekan Tubi Atau Senaman Di Dalam Bilik

Sekiranya anda tidak mempunyai masa dan peralatan untuk bersenam di rumah, tekan tubi, berlari setempat, banghun dan duduk dan lain-lain aktiviti senaman di dalam bilik selama 15 minit akan membakar lemak, mencantikkan lengan dan kaki.

Gaya hidup sihat akan menjadikan diri kita lebih bertenaga, lebih yakin kepada diri sendiri.. jom cuba 7 cara untuk kurus dalam masa 10 hari, anda mesti mencabar diri anda sendiri..dan gadis tersebut telah mencuba ..hasilnya dia telah bergaya dengan baju pengantinnya dan suaminya sudah mula mengamalkan SSQ-3 Fat Burner Natural Detox Formula hehehe

 

 

 

 

 

Be the first to comment