Jeragat Tidak Mudah Dirawat Tetapi Tidak Mustahil Dengan Homeopathy

Wanita Insan Yang Unik

jeragat-4

Bagi setiap wanita hormon adalah segalanya, dan tidak hairanlah jika wanita merupakan insan ciptaan Allah yang sangat unik. Jeragat pada usia yang mula menginjak senja akan menambah tekanan perasaan yang boleh menjurus kepada gangguan sistem tubuh, emosi dan seterusnya akan menjadi tekanan perasaan seterusnya menjadi kemurungan. Kesihatan wanita bergantung kepada kesimbangan hormon di dalam tubuh seperti estrogen dan testosterone. Estrogen dan testosterone sangat mudah terjejas sekiranya emosi tertekan.

 

Kesihatan wanita juga amat mudah terjejas oleh pelbagai faktor, bahagian tubuh yang paling mudah terjejas ialah muka. Muka mempunyai kulit yang lebih lembut berbanding lain-lain bahagian tubuh. Jeragat dan jerawat akan menjadi musuh utama kepada wanita, di mana jeragat dan jerawat yang tumbuh di muka adalah indikasi awal sebagai peringatan sistem tubuh wanita mula mengalami masalah.

 

Jeragat memang sukar untuk dirawat, itu adalah fakta. Jika jeragat mudah dirawat sudah semestinya terdapat jaminan 100% berkesan dan wang akan dikembalikan jika tidak berhasil. Pakar-pakar kulit juga tidak berani untuk memberi jaminan jeragat akan sembuh 100% kecuali teknik laser, meluntur (bleaching) dan pengelupasan. Teknik-teknik ini walaupun dikatakan berkesan tetapi hanya untuk sementara sahaja.

 

Homeopathy memahami jeragat secara mendalam bukan hanya sekadar mengenali secara luaran. Hasil dari soal jawab setiap kali pembeli yang berminat untuk membeli set-set jeragat, masalah utama adalah yang hampir sama bagi kebanyakkan wanita iaitu berkaitan hormon. Sebagaimana yang diketahui umum hormon adalah sahabat dan juga musuh bagi setiap wanita.

 

Malangnya wanita-wanita yang sudah mengalami jeragat kebanyakkan sudah mencuba pelbagai produk kosmetik yang bertoksik, kolagen sintetik yang mungkin menganggu hormon-hormon, rawatan kosmetik pengelupasan, krim hydroquinone dan mercuri, laser dan pelbagai jenis rawatan yang mempunyai bahan-bahan yang akan menganggu sistem hormon estrogen dan testosterone.

 

Wanita-wanita ini mengharap remedi homeopathy menjadi penyelamat kepada wajah mereka yang sudah hampir tidak boleh diselamatkan lagi.! Kerap kali homeopathy dituduh sebagai produk yang mengarut, hanya pseudoscience atau placebo (tidak kesan hanya cuma mainan psikologi). Homeopathy terpaksa menjadi penyelamat kepada kerosakkan yang teruk dan lama. Walaubagaimana pun remedi homeopathy tetap menjadi “hero” sebagai penyelamat kepada banyak kes-kes jeragat yang kronik.

Set Jeragat AADF
Set Jeragat AADF

Bagaimana homeopathy mampu menjadi “penyelamat”? Homeopathy adalah rawatan yang mementingkan kepada rawatan menyeluruh, merawat tubuh pesakit bukan hanya merawat penyakit seperti jeragat, 90% kes-kes kronik berjaya sembuh dan paling mengejutkan banyak kes-kes kronik jeragat menunjukkan perubahan selepas 7-15 hari. Saya sendiri kadang-kadang kagum dengan kebolehan remedi homeopathy ini.

 

Be the first to comment