Menghapus Jeragat Secara Selamat dan Jimat

4 Remedi Hebat Untuk Hapus Jeragat, Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca 30

Set Jeragat AADF
Set Jeragat AADF

Jika Sepia 200 amat hebat menjadi remedi utama untuk menghapus jeragat, kini terdapat 3 atau 4 gabungan remedi cecair untuk diminum. Remedi tersebut ialah Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca 30. Kesemua remedi ini boleh digandingkan dengan Sepia 200.

Fragaria vesca 30 dan Arnica 30 adalah “homeopathic trituration” atau secara mudahnya mengguna kaedah dos yang sangat kecil dan tidak mempunyai rasa manis atau pahit. Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop adalah persediaan dari ekstrak tumbuhan tersebut atau disebut homeobotanical, mempunyai rasa sedikit pahit.

Fragaria atau strawberi bertindak seolah-olah kolagen untuk mencerahkan kulit dan menghapus jeragat
Fragaria atau strawberi bertindak seolah-olah kolagen untuk mencerahkan kulit dan menghapus jeragat

Kesemua remedi ini adalah 100% bahan natural homeopathy tanpa tambahan bahan-bahan lain. Oleh itu remedi-remedi ini perlulah disimpan ditempat yang jauh dari kanak-kanak dan sinaran matahari. Walaupun remedi homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan atau boleh membawa maut tetapi remedi-remedi ini perlu disimpan ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak sebagai langkah berjaga-jaga.

Manfaat Ashwagandha sangat hebat
Manfaat Ashwagandha sangat hebat

Secara amnya Ashwagandha Q Drop dan  Damiana Q Drop berkesan untuk merawat masalah jeragat yang berkaitan hormon, seperti pernah mengambil pil perancang, pil penganti hormon (HRT), gangguan hormon sewaktu pra-menopause dan sewaktu menopause.

Arnica bunga yang cantik akan menjadikan wajah anda secantik Arnica
Arnica bunga yang cantik akan menjadikan wajah anda secantik Arnica

Arnica 30 adalah remedi pelbagai guna, yang sering digunakan untuk pelbagai masalah kecederaan seperti luka, lebam dan bengkak. Walaubagaimana pun Arnica 30 remedi homeopathy mempunyai pelbagai manfaat untuk masalah kesihatan tubuh yang biasanya akan dialami oleh wanita yang mula mencecah umur 45 tahun ke atas, masalah seperti;

  • Jeragat akibat hormon tidak stabil
  • Mengawal darah tinggi
  • Mengawal glukos bagi pesakit kencing manis.
  • Selulit
  • Kolesterol
  • Jerawat

Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop sejenis remedi di dalam bentuk cecair, di dalam kategori homeobotanical iaitu herba berasaskan konsep homeopathy. Kedua-dua remedi ini juga sangat-sangat membantu sebagai suplemen kepada gadis dan wanita muda yang kerap diserang senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur.

 Ashwagandha dan Damiana adalah herba purba dan Di Eropah menyifatkan Ashwagandha sebagai “Testosterone Booster”. Fakta ini bukan cerita dari lagenda tetapi ia adalah fakta yang dikaji oleh saintis. Mari kita lihat fakta bukan hanya auta semata-mata;

Ashwagandha adalah adoptogen, yang akan mengurangkan stress, ketakutan tanpa sebab, kenyakinan diri dan mengawal hormon stress (hormon stress cortisol). Beberapa kajian lain juga menunjukkan Ashwagandha telah berjaya menambah baik paras testosterone yang menjadikan seorang wanita atau lelaki itu lebih subur.

Ashwagandha juga sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung, dengan mengurangkan keradangan serum triglycerides, dan meningkat paras HDL-cholesterol “baik”. Kajian terbaru juga menunjukkan Ashwagandha juga mampu menguatkan otot-otot.

Fakta kajian menunjukkan Ashwagandha dan Damiana adalah adoptogen yang “solid”, mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap manusia terutama berkaitan hormon testosterone. Ini ialah kerana Ashwagandha akan membantu seseorang itu tidur dengan lebih berkualiti, mengurangkan hormon stress iaitu cortisol, meningkat paras HDL-cholesterol “baik” dan mengurangkan kekejangngan atau keradangan, kesemua ini akan membantu mempertingaktkan paras hormon testosterone ke paras yang sangat baik.

Damiana sangat berkesan untuk menstabilkan sistem hormon sewaktu menopause, mengurangkan rasa panas ke muka (hot flashes), dan membantu menjadikan kitaran haid yang normal bagi gadis-gadis muda.

Wet Dose 

Terdapat rungutan dari sesetengah pembeli kerana Fragaria vesca cepat sangat habis. Admin tahu kenapa kerana pembeli tidak mengira betul-betul drop tapi menganggap sekali picit adalah 1 drop laugh. Jangan risau Admin akan beri petua untuk berjimat walaupun Admin akan kerugian laugh.

Wet dose sebenarnya boleh digunakan untuk semua remedi homeopathy tetapi jika namanya ada Q agak tidak sesuai. Fragaria sebenarnya boleh dibuat Wet Dose seperti Arnica 30 juga. Ini akan menjimatkan Fragaria yang anda pesan sebanyak 500 kali ganda …sedihnya terpaksa admin pecah rahsia tetapi seperti orang putih kata "you gain some you loose some" atau jika dianggap membantu meringan beban pembeli Allah akan membalas dengan ganjaran yang terbaik ….. aminnnnnn yes

Di bawah ini admin sertakan gambar cara-cara membuat WET DOSE… 

Cara menyediakan wet dose homeopathy
Cara menyediakan wet dose homeopathy

Be the first to comment