Jeragat Menjadikan Suami Anda Berubah?

Muka Berjeragat Suami Pun Mula Pandang Wanita Lain?

melasma-face

Tidak dinafikan lelaki suka kepada wanita yang cantik yang mukanya licin “bak telur dikupas” dan “berdahi licin”. Itu sudah menjadi lumrah alam setiap orang suka akan kecantikkan. Muka yang licin mula ditumbuhi jeragat adalah petanda awal tubuh seseorang itu mula mengalami perubahan mengikut perubahan umur.

Suami mula menjeling wanita lain, itu mungkin benar atau hanya perasaan semata-mata. Kadang-kadang hanya syak wasangka disebabkan hormon stress yang mula menguasai minda dan pelbagai perasaan mula timbul di hati. Namun terdapat juga suami-suami yang nakal, mencari alasan untuk menggatal sedangkan isterinya sedang gundah gulana berusaha untuk cantik demi suami tersayang. Paling penting ialah berusaha dan tidak menyerah kalah kepada jeragat kerana jeragat boleh hilang seperti mana ia datang dan menjelma di muka anda.

cheating husband

Secara psikologi jeragat akan lebih mudah untuk dirawat jika perasaan stress di kawal dan suami memberi semangat untuk kembali cantik. Mengurangkan hormon stress akan mengurangkan proses pengeluaran melanin atau pigmen hitam jeragat yang dicetus oleh hormon akibat stress.

Jeragat juga boleh terjadi kerana stress, dan pelbagai sebab yang saintis sendiri pening kepala untuk mengesahkan jeragat berpunca daripada masalah hormon atau hal-hal lain,  kerana terdapat juga lelaki yang mengalami jeragat, tetapi berapa peratus lelaki mengalami jeragat berbanding wanita?

Jika mengikut nisbah lelaki hanya 1:100 wanita. Walaupun jeragat terjadi kepada wanita seawal umur belasan tahun tetapi majoriti yang mengalami jeragat adalah wanita yang mengandung, selepas mengandung, pra atau selepas menopause atau wanita yang berumur lebih 40 tahun.

images

Oleh itu perubatan homeopati sangat berkesan untuk merawat jeragat jika dibandingkan dengan lain-lain kaedah rawatan terutama kaedah rawatan kosmetik seperti krim, sabun, rawatan pengelupasan dan laser. Remedi homeopati amat selamat dan natural, bertindak secara holistik membaiki kerosakkan dan kekurangan yang terjadi di dalam sistem tubuh.

Jeragat sebenarnya tidak memilih umur, terdapat juga wanita-wanita muda berumur di bawah 30an juga mengalami jeragat dan kadang-kadang jeragat dan jerawat serentak memenuhi muka. Walaupun remedi homeopati amat selamat dan sesuai untuk semua peringkat umur, mengikut dari kajian beberapa remedi amat berkesan untuk pelbagai peringkat umur seperti di bawah;

Cadangan Set Merawat Jeragat Mengikut Umur

  1. Fragaria Vesca 30 dan Arnica 30 sesuai untuk wanita berumur lebih 35 tahun ke atas.

    Fragaria dan Arnica

  2. Fragaria Vesca 30 dan Damiana Q  sesuai untuk wanita berumur lebih 35 tahun ke atas.

    fragaria dan Damiana

  3. Fragaria Vesca 30 dan Ashwaganda Q sesuai untuk wanita berumur lebih 35 tahun ke atas.

    Fragaria dan Ashwagandha

  4. Fragaria Vesca 30 dan Melasma Free sesuai untuk wanita berumur 35 tahun ke atas dan wanita bawah 35 tahun.

    Fragaria dan Melasma Free

  1. Bagi wanita berumur di bawah 30 tahun dan ke atas, set SMF (SMFEC) yang mengandungi Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca adalah set yang paling versatile untuk pelbagai masalah jeragat.

    smfec-300
     

  2. Cal Sulph dan Kali Sulph sangat-sangat membantu untuk merawat masalah jeragat dan jerawat.

Walaubagaiamana pun set-set yang mengandungi 3 – 4 remedi kerap kali menunjukkan kesan yang lebih cepat dan efektif seperti set AAD dan AADF. Set AAD adalah gabungan 3 remedi "power" Arnica 30, Ashwaganda Q dan Damiana Q sebaliknya set AADF mengandungi kejaiban Fragaria Vesca 30.

 

4 Remedi Hebat Untuk Hapus Jeragat, Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca 30

Jika Sepia 200 amat hebat menjadi remedi utama untuk menghapus jeragat, kini terdapat 3 atau 4 gabungan remedi cecair untuk diminum. Remedi tersebut ialah Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca 30. Kesemua remedi ini boleh digandingkan dengan Sepia 200.

Arnica 30, Ashwagnadha Q dan Damiana Q di beri nama Set Jeragat AAD dan set AADF mengandungi Fragaria Vesca 30

Set Jeragat AAD
Set Jeragat AAD

Fragaria vesca 30 dan Arnica 30 adalah “homeopathic trituration” atau secara mudahnya mengguna kaedah dos yang sangat kecil dan tidak mempunyai rasa manis atau pahit. Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop adalah persediaan dari ekstrak tumbuhan tersebut atau disebut homeobotanical, mempunyai rasa sedikit pahit.

Kesemua remedi ini adalah 100% bahan natural homeopathy tanpa tambahan bahan-bahan lain. Oleh itu remedi-remedi ini perlulah disimpan ditempat yang jauh dari kanak-kanak dan sinaran matahari. Walaupun remedi homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan atau boleh membawa maut tetapi remedi-remedi ini perlu disimpan ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak sebagai langkah berjaga-jaga.

Set Jeragat AADF
Set Jeragat AADF

Secara amnya Ashwagandha Q Drop dan  Damiana Q Drop berkesan untuk merawat masalah jeragat yang berkaitan hormon, seperti pernah mengambil pil perancang, pil penganti hormon (HRT), gangguan hormon sewaktu pra-menopause dan sewaktu menopause.

Arnica 30 adalah remedi pelbagai guna, yang sering digunakan untuk pelbagai masalah kecederaan seperti luka, lebam dan bengkak. Walaubagaimana pun Arnica 30 remedi homeopathy mempunyai pelbagai manfaat untuk masalah kesihatan tubuh yang biasanya akan dialami oleh wanita yang mula mencecah umur 45 tahun ke atas, masalah seperti;

  • Jeragat akibat hormon tidak stabil
  • Mengawal darah tinggi
  • Mengawal glukos bagi pesakit kencing manis.
  • Selulit
  • Kolesterol
  • Jerawat

Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop sejenis remedi di dalam bentuk cecair, di dalam kategori homeobotanical iaitu herba berasaskan konsep homeopathy. Kedua-dua remedi ini juga sangat-sangat membantu sebagai suplemen kepada gadis dan wanita muda yang kerap diserang senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur.

 Ashwagandha dan Damiana adalah herba purba dan Di Eropah menyifatkan Ashwagandha sebagai “Testosterone Booster”. Fakta ini bukan cerita dari lagenda tetapi ia adalah fakta yang dikaji oleh saintis. Mari kita lihat fakta bukan hanya auta semata-mata;

Ashwagandha adalah adoptogen, yang akan mengurangkan stress, ketakutan tanpa sebab, kenyakinan diri dan mengawal hormon stress (hormon stress cortisol). Beberapa kajian lain juga menunjukkan Ashwagandha telah berjaya menambah baik paras testosterone yang menjadikan seorang wanita atau lelaki itu lebih subur.

Ashwagandha juga sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung, dengan mengurangkan keradangan serum triglycerides, dan meningkat paras HDL-cholesterol “baik”. Kajian terbaru juga menunjukkan Ashwagandha juga mampu menguatkan otot-otot.

Fakta kajian menunjukkan Ashwagandha dan Damiana adalah adoptogen yang “solid”, mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap manusia terutama berkaitan hormon testosterone. Ini ialah kerana Ashwagandha akan membantu seseorang itu tidur dengan lebih berkualiti, mengurangkan hormon stress iaitu cortisol, meningkat paras HDL-cholesterol “baik” dan mengurangkan kekejangngan atau keradangan, kesemua ini akan membantu mempertingaktkan paras hormon testosterone ke paras yang sangat baik.

Damiana sangat berkesan untuk menstabilkan sistem hormon sewaktu menopause, mengurangkan rasa panas ke muka (hot flashes), dan membantu menjadikan kitaran haid yang normal bagi gadis-gadis muda.

Bagaimana Hendak Mengambil Remedi-Remedi Ini?

Arnica 30 cara pengambilan yang dicadangkan ialah dengan kaedah yang dipanggil "wet dose". Kaedah ini sangat hebat kerana kaedah wet dose ini bukan hanya menghapus jeragat tetapi ia juga mampu merawat kecederaan lama, tekanan darah tinggi akibat saluran darah tersumbat, kencing manis dan masalah hormon. 

Cara mengambilnya amat mudah sila lihat gambar di bawah;

Cara menyediakan wet dose
Cara menyediakan wet dose
Dapatkan 1 botol air mineral 500ml, dan buang sedikit lebih kurang 3cm air tersebut. Titiskan 10 titis Arnica 30 dan goncang sebanyak 6 kali dengan kuat. Goncangan ini ialah teknik “homeopathic succussion” yang akan menambah kekuatan remedi tersebut. Goncangan yang kuat sebanyak 6 kali ini sebaik-baiknya dibuat setiap kali mengambil Arnica Wet Dose. Selepas itu minum 1 penutup botol atau 1 sudu besar 3-6 kali sehari. Arnica Wet Dose boleh disimpan di dalam peti ais atau di dalam suhu bilik yang jauh dari sinaran matahari.​

Cara mengambil Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop;

10 titis dititis di dalam 1 sudu besar air mineral, di  campur dan diminum 2-3 kali sehari sebelum atau selepas makan. Boleh berhenti mengambil sewaktu kitaran haid

Cara Ambil Fragaria Vesca 30

wet_dose_drop

Fragaria diambil sekurang-kurangnya 2-3 kali di dalam sehari. Jika jeragat tidak begitu serius boleh ambil 1 kali sehari sahaja. Fragaria perlu dikemam sebelum diminum. Cara mudah terus titis ke dalam mulut sebanyak 10-15 titis dan kemam selama 1 minit kemudian terus ditelan. 

 

Be the first to comment