Jeragat Kenapa Kerap Memilih Kaum Wanita?

Jeragat Berpunca Dari Hormon

Jika disenaraikan hormon di dalam tubuh manusia, terutama bagi wanita ia memang panjang, tak larat nak tulih penat jari menaip aih. Bagi orang perempuan hormon adalah penentu level kesihatan depa, jika hormon stabil maka depa pun stabil. Tapi kalau time hormon depa tak betui jangan dok cari pasai, naya je nanti kena semboq hehe.. Sebab tu lah time bulan mengambang (period) kerap kali mood depa berubah-ubah (mood swing) dan kadang-kadang senggugut pula sampai ada yang kena pi cucuk ubat tahan sakit.

Orang lelaki tak merasa semua ni, tak pernah merasa kesakitan PMS, orang lelaki tak pernah rasa sakit nak beranak dan tak pernah merasa tekanan perasaan yang tanpa sebab disebabkan hormon yang sedang bercelaru… so orang lelaki jangan dok gelakkan kaum wanita, depa lagi tabah dan kuat dari kaum lelaki tau!! Maaf ye admin sesekali melalut di dalam loghat Utara.

Dari senarai panjang hormon tu ada 3 hormon utama yang memainkan peranan utama. Hormon ini dihasilkan dari ovari untuk menentukan kesuburan, gaya menstruasi dan severity serangan PMS sewaktu haid, ada yang sakit sikit-sikit, ada yang sakit sangat dan ada yang tersaaangat sakit. 3 hormon tersebut ialah estrogen, testosterone dan progesterone.

Ketiga-tiga hormon ini memainkan peranan penting kepada penampilan seseorang wanita, ada yang tubuhnya sangat sikit bulu roma dan ada yang mempunyai bulu roma yang lebat, ada yang tinggi ramping dan ada yang agak montel, ada yang mempunyai payudara kecil dan ada yang mempunyai payudara yang besar. Paling utama di muka, terdapat wanita yang mukanya licin, ada juga yang berjerawat dan yang paling tak best bila meningkat umur jeragat pula menyerang.

fd0b54a4f92a196fbc35fff0a5c20e69

Jeragat dan Hormon

Sebahagian besar wanita apabila mencecah umur 40an atau kadang-kadang 35 tahun ke atas pun dah dapat jeragat. Paling ramai yang mudah mendapat jeragat ialah wanita yang amalkan pil perancang dan yang menopause akibat dari pil hormone replacement therapy (HRT). Jika mengalami masalah rendah paras hormon progesterone, kerap kali doktor akan preskripsi ubat tambah atau pengganti hormon progesterone. Mengambil pil untuk menambah progesterone kerap kali akan mengundang melasma atau jeragat.

Progesterone adalah hormon penting bagi wanita sekiranya bercadang untuk mendapat baby. Jika hormon ini kekurangan maka hormon estrogen akan mendominasi tubuh anda, komplikasinya ialah anda akan mengalami pelbagai masalah seperti;

  • Pertambahan berat badan
  • Kurang berminat untuk hubungan seksual, mood berubah-ubah, dan kerap mengalami stress.
  • PMS, haid tidak menentu, dan pendarahan yang banyak
  • Kesakitan atau rasa tegang di payudara dan ketulan di payudara
  • Kemungkinan akan terjadi fibroid dan endometriosis
  • Masalah di pepundi kencing
  • Infeksi di thyroid

Akibat dari pelbagai aspek kemungkinan ini, hati (organ penting) tidak dapat membuang lebihan hormon estrogen dan toksin, proses ini akan terjadi di muka kerana kulit muka adalah yang paling mudah untuk toksin “menjenguk” di dalam bentuk melasma atau jeragat dan ia akan menambahkan lagi stress anda.

 

Solusi Melalui Kaedah Homeopathy Biochemic

Perubatan moden mempunyai solusinya seperti ubat menambah progesterone, kalsium, magnesium dan bermacam-macam solusi lagi. Memang cepat ubat hospital bertindak untuk melegakan simptom kekurangan hormon progesterone. Sebab tu lah saya tidak mencadangkan untuk melupakan perubatan moden, ia sangat membantu sewaktu anda sedang sangat-sangat di dalam kesakitan seperti serangan PMS yang teruk.

Homeopathy biochemic pula sangat hebat untuk kesan jangka panjang, bagi menghalang atau mengurangkan simptom penyakit. Remedi untuk melegakan simptom dan mungkin akan membantu menambah hormon secara semulajadi ialah;

Damiana Q Drop
Damiana Q Drop
  1. Damiana Q, remedi tinctures ekstrak tmbuhan dan bunga Tunera yang digunakan sejak beribu tahun oleh kaum Maya. Ia dikategorikan sebagai remedi homeobotanical. Remedi ini mempunyai rasa sedikit pahit. Cara pengambilannya : 10-15 titis dicampur di dalam ¼ cawan air diminum 3 kali sehari.
  2. Set SMF (atau SMFEC yang mengandungi Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca 30 juga sangat berkesan untuk menghilangkan jeragat.
    Set SMFEC
    Set SMFEC
  3. Set SMF atau SMFEC boleh diambil bersama-sama Damiana Q, Ashwagandha dan Arnica 30. Gabungan seperti SMF + Damiana Q atau Arnica 30 atau Ashwagandha Q.

Tubuh wanita sangat komplek berbanding lelaki, maka tidak hairanlah mengapa jeragat kerap terjadi kepada kaum wanita berbanding lelaki. Jika saintis mengatakan sunburn sebagai punca terjadinya jeragat, maka pendapat mereka tidaklah begitu tepat kerana kaum lelaki lebih kerap terdedah kepada cahaya UV yang kuat berbanding wanita. Konklusinya hormon adalah di antara penyumbang utama kepada terjadinya jeragat di muka  selain faktor sunburn.

 

Be the first to comment