Arnica 30 Remedi Ajaib?

Admin menerima Whatsapp mengenai satu artikel, soalannya mudah sahaja. "betul ke arnica tu ajaib?". Admin pegang telefon dan tenung lama-lama dan teringat satu Whatsapp seorang pembeli yang bercerita mengenai kehebatan dan keajaiban remedi AAD. Pembeli ini membeli satu set jeragat AAD untuk jeragat yang semakin galak tumbuh di wajah gebunya. Whatsapp beliau seperti di bawah; 

Cerita Mengenai
Cerita Mengenai "Keajaiban" Arnica
Set jeragat AAD terdapat 3 remedi cecair iaitu Arnica 30, Ashwagandha Q dan Damiana Q. 

set-aad-400

Pembeli tersebut telah terjatuh di dalam bilik air dan kebetulan beliau keseorangan. Dengan izin Allah swt beliau teringat tentang artikel yang beliau telah baca di satu blog homeopati mengenai manfaat Arnica atau Arnica Montana 30 remedi homeopati seperti di dalam gambar di atas. Gelaran "ajaib" ini diberi oleh pengamal di seluruh dunia kerana manfaat kepada kesihatan sangat hebat. 

Arnica 30 adalah remedi pelbagai guna, yang sering digunakan untuk pelbagai masalah kecederaan seperti luka, lebam dan bengkak. Walaubagaimana pun Arnica 30 remedi homeopathy mempunyai pelbagai manfaat untuk masalah kesihatan tubuh yang biasanya akan dialami oleh wanita yang mula mencecah umur 45 tahun ke atas, masalah seperti;

  • Jeragat akibat hormon tidak stabil
  • Mengawal darah tinggi
  • Mengawal glukos bagi pesakit kencing manis.
  • Selulit
  • Kolesterol
  • Jerawat

Arnica Montana Tumbuhan Hebat

Arnica 30 adalah remedi cecair yang boleh diambil dengan  kaedah “wet dose”. Arnica Montana adalah tumbuhan berbunga cantik dan seluruh bahagian dari tumbuhan ini digunakan untuk tujuan perubatan. Paling popular Arnica digunakan di dalam krim dan minyak untuk pelbagai kegunaan seperti krim melegakan keradangan, untuk jerawat, sementara minyak Arnica untuk melegakan kesan-kesan trauma akibat kecederaan seperti otot-otot yang bengkak, untuk mengawal rambut gugur dan banyak lagi kegunaannya.

Bunga Arnica yang cantik dan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan
Bunga Arnica yang cantik dan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan

Perubatan homeopathy juga telah mengkaji dan mengguna Arnica semenjak lebih 200 tahun dan mendapati Arnica sangat-sangat hebat untuk pelbagai jenis masalah kesihatan. T

Kehebatan Arnica sangat terserlah kepada wanita yang mengambil pil perancang, bagi wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak, wanita yang telah menjalani pembedahan sama ada cesarean atau lain-lain pembedahan, wanita yang menopause, menghidap darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah "WET DOSE" Arnica 30 

Arnica 30 “Wet Dose” Untuk Hapus Jeragat

Arnica Montana merupakan salah satu remedi asal yang telah diperkenalkan oleh pengasas homeopathy iaitu Dr Hahnemann. Dr Hahnemann adalah seorang doktor alopaty yang tidak sanggup melihat kaedah bagi pendapat beliau satu kaedah perubatan yang sangat sadis dan kejam. Manusia dirawat dengan kaedah yang sangat menyakitkan untuk menghilang kesakitan tersebut, sebagai contoh jika seorang pesakit itu mengalami sakit kepala, para doktor pada ketika itu akan membedah kepala pesakit tersebut untuk merawatnya dan kerap kali pesakit itu akan meninggal akibat kesakitan yang bukan berpunca dari sakit kepala tetapi meninggal kerana pembedahan dan kehilangan darah yang banyak.

Terlalu banyak manfaat Arnica terhadap tubuh dan dianggap sebagai remedi serbaguna dan menjadi remedi amat penting bagi setiap pengamal perubatan homeopathy. Arnica boleh disediakan di dalam bentuk tablet dan cecair. Remedi cecair dikatakan lebih cepat menyerap kedalam sistem tubuh. Cara pengambilan Arnica terdapat 2 kaedah iaitu dengan mencampur lebih kurang 10-15 titis remedi ke dalam sedikit air dan di minum. Kaedah “wet dose” adalah penemuan terbaru yang mampu mengatasi jeragat degil. Wet dose perlu disediakan seperti berikut;

Cara menyediakan wet dose
Cara menyediakan wet dose

Dapatkan 1 botol air mineral 500ml, dan buang sedikit lebih kurang 3cm air tersebut. Titiskan 10 titis Arnica 30 dan goncang sebanyak 6 kali dengan kuat. Goncangan ini ialah teknik “homeopathic succussion” yang akan menambah kekuatan remedi tersebut. Goncangan yang kuat sebanyak 6 kali ini sebaik-baiknya dibuat setiap kali mengambil Arnica Wet Dose. Selepas itu minum 1 penutup botol atau 1 sudu besar 3-6 kali sehari. Arnica Wet Dose boleh disimpan di dalam peti ais atau di dalam suhu bilik yang jauh dari sinaran matahari.

 

Be the first to comment