Sebab Terjadinya Jeragat

images

Saintis di seluruh dunia pun penin kepala memikiaqkan punca sebenaqnya jeragat boleh tumbuh dimuka. Macam-macam lah teori yang dikatakan sebagai punca terjadinya jeragat, dan secara puratanya depa kata punca terjadinya jeragat disebabkan oleh hormon seseorang wanita. Kehidupan seseorang wanita itu memang tak dapat lari dari dipengaruhi oleh hormon. Paling lucu bila sorang pompan marah mesti ada yang kaitkan "tengah senggugugt le tu". Fakta ni ada benaq dan ada yang tak benaq sebab kalau angpa tu nakai tak senggugut pun pompan tu marah jugak kan hehe..

Jangan dok laju sangat mengata kat orang pompan, kerana bagi saya orang pompan walaupun dilahirkan dengan sifat lemah lembut (walaupun ada yang keraih) tapi depa sangat tabah dan kuat dari lelaki. Angpa tak percaya cuba angpa pi beranak tengok, kalau angpa menjerit mau runtuh satu sepital haha.. so janganlah dok mengata sangat noo.. orang pompan memang hebat , dari awai puberti depa dah start cabaran mengenai sakit haid a.k.a senggugut atau doktor kata PMS. Bila dah berkahwin kalau dengan izin Allah swt depa pun hamil, time hamil pun macam-macam lah dugaan membawa baby dalam perut 9 bulan, dengan loyanya, dengan penin palanya, sakit pinggangnya dan sehinggalah nak masuk labor room nak beranak. Orang lelaki tau dok tunggu ja , bila la nak beranak ni , dok kalut tunggu kat luaq labor room tetapi isteri angpa dok bertarung nyawa anppa tau dak…sapa kata orang pompan lemah?

Sorry noo admin teremosi pulak hehe … berbalik kepada ceghita hormon yang menyebabkan jeragat, jom kita amik tau sikit mengenai hormon. Kalau nak disenaraikan list hormon memang panjang berjela tapi kita kenai 3 jenis hormon yang terhasil dari dalam ovari, Estrogen, Testosterone dan Progesterone, ketiga-tiga hormon ini menjadi penanda araih kepada kesihatan seseorang pompan, kalau dia tu kerap senggugut,  biasanya dia mengalami paras hormon Porogesterone yang rendah. Progesterone juga sebagai hormon yang akan menentukan kesuburan seseorang pompan tu. Hormon in sangat penting dan simptom biasanya seperti;

  • Kurang berminat untuk hubungan intim
  • Mengalami pertambahan berat badan
  • Kerap terasa payudara menegang dan kadang rasa sakit
  • Mengalami infeksi thyroid (thyroid tu bentuk rama-rama yang dok bawah tengkuk)
  • terjadinya fibroids, endometriosis
  • Mengalami pendarahan yang banyak sewaktu haid

Sekiranya semua atau terdapat lebih dari satu simptom seperti di atas, besar kemungkinan chek (panggilan bagi orang pompan di utara terutama di Kedah) mengalami paras hormon Progesterone yang rendah. Ini disebabkan oleh hormon Estrogen telah mendominasi hormon di dalam tubuh chek. Untuk mengesahkan sama ada benaq-benaq paras hormon chek rendah, sila la pi buat pemeriksaan paras hormon di klinik atau hospital.

Kaitan Hormon dan Jeragat

Saintis pun kalut nak kata yang mana satu punca sebenaq. Jadi kita senaraikan antara punca-punca terjadinya jeragat;

  1. Akibat hormon yang tak stabil
  2. Mengandung (berkaitan perubahan hormon sewaktu mengandung akan terjadi melasma atau jeragat sewaktu mengandung)
  3. Terdedah kepada sinaran matahari pada kadar waktu yang kerap dan lama (sunburn)
  4. Penggunaaan bahan mekap yang mempunyai bahan kimia seperi produk pengelupasan kulit.
  5. Akibat mengambil pil perancang dalam masa yang lama atau mengambil pil penganti hormon atau orang kampung saya kata hormon replacment therapy (HRT) sewaktu menopause 
  6. Mengambil pil-pil untuk hormon seperti pil untuk hormon Progesterone
  7. Keturunan

Secara teori ramai berpendapat punca utama terjadinya jeragat ialah akibat masalah hormon dan sunburn. Mengapa sunburn pula , pening pala chek aihh… sunburn akan mengumpul pigment hitam akibat sinaran UV dan dia akan simpan baik-baik di bawah lapisan kulit. Proses ini akan terjadi di dalam tempoh 10-20 tahun … lama woo bukan 1 – 2 hari naa.. dan apabila terjadi proses hormon mula bercelaru yang biasanya apabila umur mula meningkat ke umur 40an (ada yang bermula sekitar 35 tahun dan ada yang lebih muda lagi), mengandung dan lainl-lain. Proses ini akan mengakibat terjadinya melanin (pigment hitam) dengan banyak, Maka stok pigment yang tersimpam begitu lama akan keluar dan mencari jalan keluar yang paling mudah iaitu muka.

Rawatan Untuk Jeragat

Terdapat dua kaedah rawatan;

  1. Perubatan moden
  2. Perubatan alternatif seperti homeopathy, ayurvedik dan herba

Kaedah Perubatan Moden

Perubatan moden kategorikan jeragat sebagai masalah kosmetik saja, depa mudahkan saja dah naik jeragat di muka mesti buanglah. Cara ini memang pantaih sangat sebab depa kikih dan buang ehehe.. caranya

  • Mengguna kaedah pengelupasan
  • Mengguna laser

Pantas sepantas hanya mungkin 1 jam muka akan kembali berseri-seri, tetapi risikonya akan terjadi jeragat yang lebih teruk mungkin selepas 2-3 hari. 

Kaedah Alernatif

Perubatan alternatif yang terbaik untuk jeragat ialah kaedah homeopathy dan biochemic. Mengapa homeopathy terbaik? berbanding perubatan alternatif lain? Ha ni nak habaq kat chek ni, Secara ringkas homeopathy adalah konsep perubatan yang bebas bahan kimia dan dadah, diperkenalkan lebih 200 lampau. Konsepnya mudah. lembut dan selamat, iaitu merawat diri pesakit, punca kepada masalah penyakit , tetapi bukan hanya penyakit saja, ini bermakna merawat seluruh sistem tubuh dari dalam bukan hanya luaran semata-mata. Merawat akar umbi punca terjadinya jeragat.

smffnew-300

Senarai remedi agak panjang tetapi yang kerap admin dapat maklum balas dan repeat order yang kerap ialah seperti;

  • Sepia 200 – sangat hebat untuk wanita sehingga ada yang menggelarkan Sepia sebagai "women's remedy". Sepia sangat berkesan untuk membantu wanita yang bermasalah dengan hormon dan berjeragat
  • Melasma Free – pun tak kurang hebatnya, Melasma Free adalah gabungan mineral yang berkurangan di dalam tubuh dan dijadikan remedi dari hasil bumi yang menyerupai mineral di dalam tubuh untuk menambah kekurangan mineral sehingga menyebabkan melanin (pigment hitam) terjadi dengan banyak.
  • Fragaria Vesca 30 – remedi untuk minum, mengikut maklum balas ramai yang mengatakan Fragaria sangat power untuk mencerahkan kulit dan menghapus jeragat. Fragaria fungsinya yang membantu buah pinggang untuk bekerja dengan lebih cekap untuk membuang toksin.

Sepia 200 dan Melasma Free disediakan di dalam bentuk tablet manis untuk dikemam dan Fragaria Vesca di dalam bentuk cecair untuk di minum,

Ketiga-tiga remedi ini digabungkan dan dijadikan set dengan nama set jeragat SMF dan SMFF (set SMFF mengandungi 2 botol Fragaria Vesca) Harga set SMF dan SMFF  sila lawat di shop ya atau wassap admin untuk harga promosi terkini di 019-257 0023. 

Selain dari set SMF dan SMFF, terdapat set-set baru seperti set BJC-01 dan BJC-02 yang harganya lebih ekonomi,

Admin akan ceghita mengenai remedi-remedi lain pula di artikel yang lain naa.. Remedi seperti ;

  • Calc Sulph
  • Kali Sulph
  • Silica
  • Calc Flour

Sekiranya mempunyai pertanyaan janganlah malu-malu noo untuk bertanya di ruangan di bawah atau direct ja wassap admin.. 

 

 

 

 

Be the first to comment