Tunku Jalil Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Tunku Laksamana Johor Tunku Jalil Meninggal Dunia

a-tunku-jalil

Malaysia terus bersedih di atas kehilangan beberapa individu yang terkenal dan terkini Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim telah mangkat di Wad DiRaja Sultanah Aminah pada jam 7:11 malam, 5 Disember 2015 bersamaan hari Sabtu.

Diberitakan ahli kerabat diraja berada disebelah Tunku Jalil yang berumur 25 tahun , di saat beliau menghembus nafas yang terakhir.

Tunku Jalil dilahirkan di Johor Bahru pada 5 Julai, 1990. Baginda adalah lulusan Zoology di sebuah university di United Kingdom. Walaupun baginda adalah anak kepada Sultan Johor, baginda tanpa segan silu bekerja selama setahun di Zoo Singapore dan London Zoo selama dua tahun.

Baginda juga adalah yang pertama di dalam monarki Johor, yang telah berkhidmat sebagai seorang anggota Polis selepas tamat latihan selama 9 bulan.

tunku-jalil-640

Tunku Jalil telah didiagnos menghidap kanser hati pada peringkat ke empat dan telah menjalani pembedahan hati di China

Sebagai ingatan kepada anakanda Sultan Ibrahim telah menubuhkan Tunku Laksamana Cancer Foundation untuk membantu pesakit kanser di sleuruh Negara.

Admin amat terharu di atas kemangkatan Tunku Jalil kerana sifatnya yang merendah diri dan berjiwa rakyat seperti baginda Sultan Johor yang sangat mengambil berat hal ehwal penduduk Johor dan Malaysia amnya.

Walaupun admin bukanlah rakyat Johor tetapi baginda terasa dekat di hati, oleh itu dengan rasa sedih dan terharu admin mengucapkan takziah kepada Sultan Ibrahim dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah di atas kemangkatan Tunku Jalil. Wahai Allah, ampunilah Tunku Jalil, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya…. Aminnnnnn

Be the first to comment