Khasiat Daun Lidah Buaya

Khasiat Aloe Vera @ Daun Lidah Buaya

aloe-vera

Admin telah mencuba mengguna aloe vera atau lidah buaya untuk menghilangkan "dark circles" di bawah mata admin, faham-faham je la kan admin ni kerap tidur lambat dok mengadap pc je kejenya..jadi mata dah lebam dan jadi lingkaran mata hitam. Sampai ada yang menegur admin, "ko sakit ke?" adoyaiii admin sihat walafiat tapi mata dah jadi mata panda maka orang pun ingat admin sedang sakit hehe.. 

Admin try la guna krim yang wife admin belikan tetapi hasilnya habuk pun tarak .. lepas tu admin try guna set Bio-T3 Face White yang ada ektrak aloe vera dan selepas 2 minggu kesan mata panda dah mula berkurangan. So apa lagi admin cari-cari di pasaran aloe vera yang "pure" maka terjumpa BioVera 99%. Try sapu selama 3-4 malam dan kesannya mata admin dah tak nampak langsung dah kesan hitam tu …happy nyerr hehehe. So admin nak share sikit khasiat aloe vera a.k.a lidah buaya ni;

Orang kita panggil lidah buaya, sama ke dengan lidah buaya?. Mungkin sama le kot sebab tu orang dulu-dulu panggil lidah buaya. Aloe vera bukanlah baru di dunia perubatan, sejak ribuan tahun orang-orang yang mengetahui khasiatnya telah mengestrak gel aloe vera untuk pelbagai kegunaan untuk merawat, melegakan dan menyembuhkan pelbagai penyakit seperti masalah kulit dan juga boleh merawat sembelit, tetapi hati-hati bukan semua aloe vera dipasaran boleh diminum kerana ada yang telah dicampur dengan bahan kosmetik untuk merawat kulit. Korang perlu tanya ahli Pharmasi terlebih dahulu ok jangan main minum je… nanti lain pulak jadinya hehe..

Kita patut beri tabik hormat kepada orang dulu-dulu, dorang walaupun tak ada kemudahan makmal tetapi terbukti aloe vera memang ada kesan yang sangat hebat untuk kulit dan untuk sistem tubuh. Hasil kajian mengesahkan kajian orang zaman purba, di mana sapuan gel aloe vera ke kulit boleh menyembuhkan beberapa kes masalah kulit seperti jeragat, jerawat, sangat efektif untuk psoriasis, kelemumur dan kulit terbakar yang ringan. Gel aloe vera juga mampu melegakan ruam-ruam malah ada kajian juga mengatakan gel aloe vera boleh melegakan penyakit kelamin seperti genital herpes.

Aloe Vera Untuk Jeragat

Amalan menyapu gel aloe vera ke muka setiap malam sebelum tidur , mampu mematikan pigmen hitam yang menjadikan kulit kehitaman iaitu jeragat. Hermm lebih baik dari menyapu losen yang berasaskan kosmetik walaupun terdapat aloe vera. Pastikan aloe vera yang asli atau 99.9% aloe vera dan bebas dari paraben atau lain-lain bahan kosmetik.

Aloe Vera Untuk Kesihatan Rambut

Cecair atau gel aloe vera dikatakan boleh menyuburkan rambut dan boleh menanggalkan kelemumur. Sapu dan urut hingga kena ke kulit kepala setiap malam sebelum tidur akan membantu menyuburkan rambut. Hasilnya boleh dilihat beberapa bulan kemudian.

Merawat Luka-Luka Kecil

Lendir aloe vera dikatakan mampu mempercepatkan proses pencantuman semula kulit, merawat kudis, gatal-gatal dan melicinkan kulit selepas itu.

Jika terkena bisul campurkan sedikit garam bersama-sama gel aloe vera dan sapu ke bisul, dikatakan dapat meredakan denyutan sakit bisul tersebut.

Merawat Masalah Usus Terutama Sembelit

Aloe vera yang asli 100% boleh diminum dikatakan boleh merawat masalah sembelit dan ulser perut. Pastikan aloe vera tersebut adalah untuk diminum kerana kebanyakkan aloe vera di pharmasi telah dicampur dengan bahan kimia untuk rawatan kulit seperti paraben. Jadi berhati-hati dan tanya pihak penjual sama ada boleh diminum atau tidak.

 

Be the first to comment