Bravo 5 Tidak Sehebat Tajuknya

bravo 5

Admin jenis yang tidak suka ke pawagam, tetapi amat berminat menonton filem berunsur patriotik, tidak kisahlah cerita Hollywood, Bollywood atau Hong Kong. Setiap kali menonton cerita patriotik hasil kerja Hollywood, Bollywood dan Hong Kong admin merasa semangat patriotik admin membuak-buak walaupun cerita tersebut bukanlah cerita mengenai sejarah Malaysia tercinta. Jika admin masih muda dan layak untuk menjadi perajurit rasanya selepas menonton filem keluaran luar negara mesti admin apply masuk askar ataupun polis tetapi malangnya admin ni jenis rabun yang teruk dan kurus hehe…

Admin bukan tidak menyokong filem tempatan tetapi kerap kali admin rasa tidak puas dengan mutu filem tempatan. Sepanjang admin boleh ingat hanya filem Bukit Kepong arahan Jins Shamsudin yang boleh dikatakan agak berkualiti dan boleh layan sehingga rasa geram, menyampah dan rasa ingin masuk hutan nak tembak komnunis.

Di youtube ada buat thriller Bravo 5, dari thriller tu admin rasa teruja dengan aksi 5 komando yang hebat dan tangkas di dalam thriller tersebut. Lagi pun cerita Bravo 5 adalah cerita benar bukan rekaan. Dalam hati admin kata MESTI TENGOK!!!. Ketangkasan 5 Komando Angkatan Tentera Malaysia difilemkan, ini adalah rare!

Tanpa berlengah admin pun terus beli di ASTRO BEST RM15.90 termasuk GST. Layan di rumah la best sebab boleh baring atas sofa hehe. Bravo 5 pun bermula Montaj awal memang ada kelainan dengan arahan nama pengarah Yeop Hitler , nama pengarah pun memamg rare lah!!.. anak pelawak Zami Ismail (Allahyarham… Al-Fatihah). Mesti best tak sabar nak menontonnya.

Cerita berkisar pada tahun 1989, time tu admin di kolej baru nak settle diploma hehehe… Pada tahun 1989, Parti Komunis Malaya sedang merancang untuk menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia.Komunis ini diketuai oleh Komander Lim Yatt (Chew Kin Wah) dan Sidek Tapa (Soffi Jikan)

Lima anggota Komando Tentera Darat (Rejimen Gerak Khas) telah diarah untuk menghalang perkara ini dari berlaku di dalam operasi Bravo V.Leftenan Azri (Remy Ishak) yang baru sahaja berkahwin dengan Aida (Siti Saleha) menjadi ketua kepada empat ahli yang lain,Trooper Karim (Beto Kusyairy), Koperal Morgan (Sashi Tharan),Koperal Ah Chia (Xafier Fong) dan Sarjan Unya (Frank Petterson). 

Bermula dengan seorang askar yang entah dari mana sedang mengacu pistol di kepala seorang Cina yang tersenyum jahat. Kompem la komunis kan kalau bukan komunis mesti muka dia tersebek-sebek menangis ketakutan. Itu watak komander Komunis Lim Yatt patut la muka relak je walaupun sedang diacu pistol. Jeng jeng timbul pula watak yang gayanya ala KL Gangster dan dia memang pelakon KL Gangster pun. Gaya bercakap mujur tak sebut "gua tarak goyanggggglah" tapi sipi-sipi memang ala-ala gaya KL Gangster. Ganas watak ni sanggup kencing atas muka askar yang ditawannya. Owh ini watak Sidek Tapa orang kanan Lim Yatt yang terlajak ganas dari bosnya. Admin terpaksa gugel untuk mengetahui nama watak-watak utama di dalam Bravo 5. Montaj lawa tapi tak ada pula ditulisnya nama watak-watak tu untuk penonton mengenalinya… malas kot dorang ni atau terlupa atau nak suruh orang gugel cari sendiri?.

Admin terus menonton keropok Wonder Cheese terus dikunyah. Mak ai ganasnya Sidek Tapa ni, ada bukti sejarah ke dia ni ganas sampai gigit telinga askar? Benci sungguh dia dengan askar-askar tu sehingga skrip perkataan "anjing-anjing" mesti diidqamkan dengan tekanan yang mendalam…marah sungguh dia. Lim Yatt pula agak cool. Mengapa watak terlajak jahat mesti orang Melayu? Orang Melayu ditonjolkan sangat jahat di dalam filem sejarah dan berkisar kepada semangat patriostisme? Sedangkan lebih 95% yang meninggal sewaktu bertugas menentang Komunis adalah Melayu?. Risau orang Cina marah bila tonjolkan watak ganas Komunis yang terdiri dari 99% adalah dari bangsa Cina? Tidak risau pula perasaan orang Melayu yang dilabel jahat yang jual dadah, jual perempuan dan kaki judi di dalam KL Gangster?.

Admin tidak suka rasis tetapi cukup-cukuplah tu, bila watak jahat mesti Melayu nombor 1! Sejarah adalah sejarah dipinda dan ditonjolkan secara salah. Jika Sidek Tapa faktanya adalah seorang Komunis dan adakah bukti dia terlajak jahat dengan menambahkan lagi kejahatannya dengan adegan dia berasmara dengan komrad Komunis wanita dan selepas itu dengan dialog "fuhh bestnya". JIka jalan cerita mengikut sejarah dan ATM tidak suka menokok tambah part yang ini pun kajilah baik-baik demi maruah Sidek Tapa setidak-tidaknya admin rasa dia seorang Islam tetapi fahamannya Komunis.

Admin terus menonton mengharapkan aksi-aksi hebat komando Green Berret Malaysia dari Rejimen Gerak Khas yang seantero dunia mengakui kehandalannya dihutan.Tunggu punya tunggu aksi komando agak hambar, skema setakat jumpa komunis tangkap dan tikam. Aksi sniper yang pada awalnya diperkenalkan langsung tidak ada.Komando-komando ini seolah-olah hilang punca apabila diserang hendap oleh Komunis.

bravo 5-2

Kenapa mesti lurus bendul sangat jalan ceritanya, sama seperti cerita Bukit Kepong dan Leftenan Adnan. Jalan ceritanya lurus bendul habis, jika watak Sidek Tapa boleh dilajakkan ganasnya mengapa yang lain lurus je?, tak ada aksi-aksi extra seperti Hollywood atau Hong Kong yang akan menambah-nambah aksi kehebatan komando mereka sehingga kita terlopong melihatnya. 

Admin rasa para pembikin filem perlu diberi lebih ruang untuk berkarya terutama apabila melibatkan filem-filem patriotisme. FIlem adalah media terbaik untuk membangkitkan rasa patriotik dikalangan anak muda yang semakin suram akhir-akhir ini. Admin tidak menyalahkan Yeop Hitler 100% di dalam hal ini kerana admin sedar akan kekangan yang diberi oleh pihak tertentu. Semua cerita skema je dari drama bersiri kepolisian atau ketenteraan sehinggalah ke filem, yang peliknya bila orang tak pergi menonton kata la kita ni tidak menyokong industri perfileman negara.

Admin terus la tonton, dah beli kan RM15.90 termasuk GST, rugi la tak tengok sampai habis.Komando-komando yang berlima tu digambarkan huru hara apabila di ambush Komunis sehingga ditawan dan mati dibunuh oleh Komunis. Cuma Trooper Karim yang selamat sehingga babak akhir bertarung tanpa senjata menentang Sidek Tapa…tup tup Sidek Tapa mati dicucuk oleh kayu yang tajam yang entah dari mana datangnya…tau-tau je melayang zuppp melekat Sidek Tapa di pokok dan Trooper Karim jatuh pengsan atau mati. Admin nak gelak atau nak maki ek hahahahhahaha.

bravo 5-1

Last scene rupa-rupanya Trooper Karim adalah Lone Survival macam cerita Hollywood dan agak touching bila dia sebut "saya berbangga dapat berkhidmat bersama-sama mereka" (lebih kurang gitu la skrip dia) memang part tu touching la sambil serah tag nama rakan-rakan yang gugur. Lepas scene tu habis tanpa menerangkan sedikit fakta sejarah mengenai Operasi Bravo V dan apa jadi dengan Trooper Karim selepas itu ….The End… cisss Admin hirup kopi dengan rasa tertipu kesekian kalinya….gimik thriller di Youtube hebat gila tapi bila tengok owhhh inilah hasilnya. Lain kali kalau macam ni hasilnya baik buat cerita lawaklah macam Polis Evo!!

 

Be the first to comment